hari ni plak sy nak share info yang simple je kat korang tp ianya point penting kalo dalam test or exam...
hari ni kita cite pasal elemen-elemen multimedia dan definisi mudah yang perlu kita ingat....
Terdapat beberapa elemen asas multimedia iaitu :
Teks :-
Adalah elemen yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh digunakan dalam pelbagai bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan.
Suara(bunyi) :-
adalah sesuatu gelombang yang tidak dapat dilihat dan disentuh tetapi dapat kedengaran atau dapat didengar dengan telinga. bunyi dapat bergerak disekeliling kita.
Grafik(imej) :-
Didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, atau gambar dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. grafik tidak bergerak dan ianya statik(pegun).
Animasi :-
Merupakan paparan pantas imej-imej yang berjujukan dan dapat dilihat oleh mata kasar manusia dalam bentuk pergerakan.
Video :-
Adalah teknologi untuk menangkap, merekam, memproses, mentransmisikan dan menata ulang gambar bergerak. ia menggunakan film seluloid, sinyal elektronik, atau media digital. Video juga adalh gabungan gambar-gambar yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate, dengan satuan fps (frame per second).
smpai sini jelah yang dapat sy terangkan untuk elemen-elemen multimedia...asal korg paham,tu dah cukup dah :) apa-apapun,teruskan follow my blog. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan